Friday, October 30, 2009

Mcm mana nk elak tinggal Solat 5 waktu....

at 11:14 AM
SUBUH -  kalau dah terjaga kul 5.30 atau 6.00 pagi tu, terus cepat-cepatla bangun dan ucapkan "alhamdulillah" tanda bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup pada hari yang baru.

ZUHUR - Kononnya banyak keje kat ofis tue.....nk takut dengan bos atau ALLAH??? Sekiranya bos kita x solat, inilah peluang untuk berdakwah. Masuk je waktu solat, terus cpt2 bgtaw "bos, sy nk solat jap". Makan? mkn lah apa yg ada, janji jgn tinggal solat sudah!!!

ASAR - Balik keje kul brapa? 5.30? 6.00? Teruslah bersiap-siap untuk solat asar. jangan amalkan sikap bertangguh. nk rehat kejaplah, kerana khuatir kita akan terus terlelap. Lagi bagus kita solat di ofis sblm balik. manala taw kot2 tersangkut dlm 'jam' ker, sekurang-kurangnya kita dah pun menunaikan kewajipan kita sbg umatNYA.

MAGHRIB - tahniah la diucapkan kpd muslimin muslimat semua krn pandai bahagikan masa utk beriadah demi kesihatan. Tp lg bagus kalau pndi bahagikan masa utk solat maghrib jgk. baliklah dari padang tu awal sket. hmmm...kalau takat nk jaga kesihatan je lebih, tapiiii solat maghrib diabaikan, yakin ke xkan dapat penyakit???? sihat sakit hanya Allah yg berhak taw...

ISYAK - ni confirm ramai yg tinggal. Yela bagi yg ada business sndr ker, slalu keluar lepak ngan kawan2 kat luar ker....sibuk la katakan.  Syukurlah Allah masih bagi peluang pd kita smpi kat umah dgn selamat, buatnya kalo mati accident kat tgh jln, mcm mana. kita sepatutnya bersyukur kerana Allah masih sygkn kita, bagi peluang kita smpi ke rumah, siap-siap untuk solat isyak dlu. tapi tu la manusia ni...rehat dan terus berehat...akhirnya tertidor tanpa solat isyak. yang lagi menyedihkan tue, kadang-kadang ada jer yg sengaja xnk solat isyak tue.

mgkn diorg ni xtaw kot betapa azabnya sesksaan yg menanti org yg sengaja meninggalkan solat nih. ntahlah....samada benar2 xtaw atau pura2 xtaw. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Semoga golongan ini segera insaf...


(artikel ni dipetik skrip asal drpd ahib0205, dan diubahsuai sdkt mengikut situasi, ahib jgn mare yea)

0 comments on "Mcm mana nk elak tinggal Solat 5 waktu...."

Post a Comment

 

lovely_daisie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal