Thursday, November 5, 2009

Air Tangan Org yg tinggalkan Solat!!!!

at 11:44 AM 0 comments
Pada zaman pemerintahan Nabi Musa, ada seorg lelaki yg sudah berumahtangga tetapi tidak mempunyai anak. Lalu dia bernazar sekiranya dia dikurniakan zuriat, dia akan minum air kencing anjing hitam. Dengan kuasa Allah, tidak lama selepas itu, isteri dia pun hamil. Selepas isteri dia melahirkan anak, lelaki ini pun runsing sebab dia dah bernazar. Syariat pada zaman Nabi Musa adalah berbeza dengan zaman Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, bernazar benda yg haram, kita xpayah buat tp kn bayar denda (dam) atau sedekah. Tp masa zaman Nabi Musa, walaupun hukumnya haram, kita tetap kn laksanakan jgk sbb dah bernazar.

Lelaki ini begitu susah hati, lalu dia pun pergilah berjumpa dengan Nabi Musa dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi Musa memberitahu lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam tp perlu minum air yang lebih hina drpd itu. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut menadah air yang jatuh dr bumbung rumah orang yang tidak sembahyang dan minum air tersebut. Lelaki itu dengan senang hatinya menjalankan perintah tersebut.

Lihatlah, betapa hinanya org yang meninggalkan solat, sehingga air yang jatuh dr bumbung rumahnya itu lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, jadi muslimat peliharalah solat, sebab kalau meninggalkan solat (kalau x uzur), air tangan akan menitik de dalam basuhan makanan, nasi dsb.....suami, anak2 dan org lain yang makan makanan tu, xkan nk bg diorg gelap hati...tergamak ker???

So kalo sesape yg suka mkn kat kedai2 kat luar ker...beware apa yg kita makan! Lg bagus kalo kita msk sndr. kn?kn?kn? Jimat, bersih dan terjamin. wah bagus moto nih!!!!

Friday, October 30, 2009

Mcm mana nk elak tinggal Solat 5 waktu....

at 11:14 AM 0 comments
SUBUH -  kalau dah terjaga kul 5.30 atau 6.00 pagi tu, terus cepat-cepatla bangun dan ucapkan "alhamdulillah" tanda bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup pada hari yang baru.

ZUHUR - Kononnya banyak keje kat ofis tue.....nk takut dengan bos atau ALLAH??? Sekiranya bos kita x solat, inilah peluang untuk berdakwah. Masuk je waktu solat, terus cpt2 bgtaw "bos, sy nk solat jap". Makan? mkn lah apa yg ada, janji jgn tinggal solat sudah!!!

ASAR - Balik keje kul brapa? 5.30? 6.00? Teruslah bersiap-siap untuk solat asar. jangan amalkan sikap bertangguh. nk rehat kejaplah, kerana khuatir kita akan terus terlelap. Lagi bagus kita solat di ofis sblm balik. manala taw kot2 tersangkut dlm 'jam' ker, sekurang-kurangnya kita dah pun menunaikan kewajipan kita sbg umatNYA.

MAGHRIB - tahniah la diucapkan kpd muslimin muslimat semua krn pandai bahagikan masa utk beriadah demi kesihatan. Tp lg bagus kalau pndi bahagikan masa utk solat maghrib jgk. baliklah dari padang tu awal sket. hmmm...kalau takat nk jaga kesihatan je lebih, tapiiii solat maghrib diabaikan, yakin ke xkan dapat penyakit???? sihat sakit hanya Allah yg berhak taw...

ISYAK - ni confirm ramai yg tinggal. Yela bagi yg ada business sndr ker, slalu keluar lepak ngan kawan2 kat luar ker....sibuk la katakan.  Syukurlah Allah masih bagi peluang pd kita smpi kat umah dgn selamat, buatnya kalo mati accident kat tgh jln, mcm mana. kita sepatutnya bersyukur kerana Allah masih sygkn kita, bagi peluang kita smpi ke rumah, siap-siap untuk solat isyak dlu. tapi tu la manusia ni...rehat dan terus berehat...akhirnya tertidor tanpa solat isyak. yang lagi menyedihkan tue, kadang-kadang ada jer yg sengaja xnk solat isyak tue.

mgkn diorg ni xtaw kot betapa azabnya sesksaan yg menanti org yg sengaja meninggalkan solat nih. ntahlah....samada benar2 xtaw atau pura2 xtaw. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Semoga golongan ini segera insaf...


(artikel ni dipetik skrip asal drpd ahib0205, dan diubahsuai sdkt mengikut situasi, ahib jgn mare yea)

Tuesday, October 27, 2009

Adam & Hawa....

at 9:55 PM 0 comments
Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kaki untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
dan dekat dihati untuk dicintainya.



Pilihan Hati....

at 12:47 PM 0 comments
Mana Satu Pilihan Hati

oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Monday, October 26, 2009

Kepada...

at 9:51 PM 0 comments
Kepada Yang Masih Single
Cinta ibarat kupu-kupu
makin kau kejar, makin ia menghindar
tapi, bila kau biarkan ia terbang
ia akan menghampirimu di saat kau tak terduga
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti
Tapi cinta itu hanya istimewa
bila kau berikan cinta itu
kepada seseorang yang layak menerima
kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN
cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA"
tetapi menemukan seseorang yang mampu
menjadikan dirimu sempurna


Kepda Playboy/Playgirl
Jangan katakan "Aku Cinta Padamu"
bila kau tidak benar-benar peduli
jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya
jangan menatap ke dalam mata seseorang
jika apa yang kau lakukan hanya pembohongan
hal paling kejam yang dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta
sedangkan kau tak berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh


Kepada Yang Patah Hati
sakit...luka...hancur...patah hati
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya
persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu
tetapi adalah apa yang diambil dan dihayati
sebagai pngajaran dan hikmahnya


Kepada Yang Takut Mengakui
cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang
tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan denganmu
tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya


Kepada Yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI
hal menyedihkan dalam hidup adalah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta
kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu
dan kau telah mengsia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak
kalau sekarang dia sudah tidak layak
10 tahun dari sekarang, dia tetap tidak akan layak
biarkan dia pergi, dan lupakan......

Sunday, October 25, 2009

Yang lalu, biarlah berlalu...

at 9:50 PM 0 comments
Sedang aku melayang fikiran terkenangkan pengkhianatan, tanganku membuka lembaran buku motivasi 'don't be sad' karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni. Sejenak aku terfikir, bodohnya aku!!!

Betapa bodohnya kita kerana kadang2 apabila berlaku kesulitan, kita masih memikirkan kenapa perkara itu harus berlaku sedangkan perkara itu telahpun berlaku. Menurut buku yang aku baca, mengingati sesuatu yang dah lepas dan kemudian meratapinya merupakan satu tindakan yang sangat bodoh dan gila. Ia perumpaan kita telah membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang kehidupan kita untk berlaku seadanya.

Kita tidak harus memalingkan wajah ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air sungai tetap akan mengalir dari hulu ke muara, dan seorg khalifah sentiasa akan berjalan ke depan. Kerana itu, tidak perlu untuk menyalahi sunnah kehidupan.

Apa gunanya bersedih kerana jika direnungkan terlalu banyak lagi kenikmatan yang Allah berikan tidak ditarik balik. Aku seharusnya bersyukur kerana hari ini aku masih mampu melihat, mendengar, berjalan dan berlari. Bukankah itu suatu kenikmatan yang tak mampu dibeli dengan jutaan harta sekalipun.

Andainya esok masih aku mampu miliki, jadikanlah aku seorg umat yang mensyukuri nikmatMu, Ya Allah.

Saturday, October 24, 2009

Adilkah...

at 9:46 PM 0 comments
Selama ni aku hanya membayangkn kekecewaan org lain apabila mahkamah dunia yg mengadili. tp kali ni aku sndr merasakan betapa tidak adilnya kita menghakimi se2org itu dgn mahkamah dunia. kerana manusia hanya tahu menuding jari berkata salah tanpa menyelidiki.

sakit hati, kecewa, marah semua bergabung mnjdi satu. Tapi mampukah aku hanya sbg hambanya yg lemah menjadi pengadil. Rasa amarah ini begitu terlampau sehingga begitu sukar utk aku mengungkapkn maaf. Layakkah aku????

Aku tidak tahu mengapa begitu sukar utk aku memaafkannya. Perlukah aku memberi sedangkn dia tidak pernah meminta dgn ikhlas?
Ya Allah, aku bermuhasabah kepada-MU. Berilah aku petunjukMu...sesungguhnya Engkau itu Maha Mengetahui

Friday, October 23, 2009

Muhasabah Cinta

at 10:55 PM 0 comments
"Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatiku terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya."
 

lovely_daisie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal