Sunday, October 25, 2009

Yang lalu, biarlah berlalu...

at 9:50 PM
Sedang aku melayang fikiran terkenangkan pengkhianatan, tanganku membuka lembaran buku motivasi 'don't be sad' karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni. Sejenak aku terfikir, bodohnya aku!!!

Betapa bodohnya kita kerana kadang2 apabila berlaku kesulitan, kita masih memikirkan kenapa perkara itu harus berlaku sedangkan perkara itu telahpun berlaku. Menurut buku yang aku baca, mengingati sesuatu yang dah lepas dan kemudian meratapinya merupakan satu tindakan yang sangat bodoh dan gila. Ia perumpaan kita telah membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang kehidupan kita untk berlaku seadanya.

Kita tidak harus memalingkan wajah ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air sungai tetap akan mengalir dari hulu ke muara, dan seorg khalifah sentiasa akan berjalan ke depan. Kerana itu, tidak perlu untuk menyalahi sunnah kehidupan.

Apa gunanya bersedih kerana jika direnungkan terlalu banyak lagi kenikmatan yang Allah berikan tidak ditarik balik. Aku seharusnya bersyukur kerana hari ini aku masih mampu melihat, mendengar, berjalan dan berlari. Bukankah itu suatu kenikmatan yang tak mampu dibeli dengan jutaan harta sekalipun.

Andainya esok masih aku mampu miliki, jadikanlah aku seorg umat yang mensyukuri nikmatMu, Ya Allah.

0 comments on "Yang lalu, biarlah berlalu..."

Post a Comment

 

lovely_daisie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal